Ahad, 25 Julai 2021

Ina Shalna Kini Kembali

 Bismillahhirohmannirohim..

Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah lama sangat ina tinggalkan. Kerjaya,minat, perkongsian tentang beauty dan kecantikan di  Mary Kay.

Bukan kata berhabuk lagi dah, bersawang dah ina rasa blog ni. Tq tq tq buat semua yang sudi singgah baca setiap artikel ina dalam ni walaupun lama sangat tak update apa-apa. Semoga apa yang korang dapat dalam blog ni, dapat bantu untuk menambah sedikit ilmu dan info tentang produck mary kay.

Belum terlambat rasanya untuk ina ucapkan "Salam Aidiladha PKP 2021". Pkp tu wajib letak hahaha. maklum lah faktor usiakan,tak de la nanti ina lupa blog ni ina buat time raya musim si covid 19 ni. Stress jangan cakap la. Selagi si covid ni tak nyah dari muka bumi ni, selagi tu la ramai alami sindrom yang samakan baik mengaku hihihi.

Tapi kita sebagai hamba Allah yang maha esa,kene ingat satu je. Allah hadirkan setiap ujian dan cabaran mengikut kemampuan kita.Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni.

Meh nak share sikit gambar kami untuk dijadikan kenangan raya PKP 2021.Fikir yang baik-baik,Doa yang baik ye.Niat kerana Allah.


                                            

                              Doakan ina terus kuat tempuh setiap halangan dan cabaran  

                                                                                                                                        Suami yang banyak bagi kekuatan, dorongan dan menasihati ina,tq sayang
                                                     
3 hero ina yang menjadi kekuatan untuk ina teruskan balik kerjaya diMary Kay.

Korang doakan ina berjaya k, Ina buat semua ni demi keluarga, suami dan anak-anak. Ina sayang mereka semua.


Uishhhh banyak betul ina nak story ni, maklum la lama sangat tak meluah dalam nikan  hihi.Korang jangan bosan tau.Last 2018 ina updatekan.Siapa friend fb Ina Shalina dan follow ig maryk_inshalina opcos la,boleh jumpa ina kat situ. Salam perkenalan yang baru mengenali ina melalui blog ni. 

Ehhhh korang tadikan ina ada cakap, Setiap cabaran yang Allah bagi kita dimusim pendamic ni pasti ada hikmahkan. Ni semua kuasa Allahkan.Korang tahu tak, Selama ni, ina boleh dikatakan tahu masak hanya yang asas sahaja. Tapi bermulanya pendamic tahun 2020, ina dah mula slow-slow belajar bagaimana nak pikat perut suami dan anak-anak. 

Korang Jom la ina nak share ni, apa je yang ina belajar,dari resepi  google. Ehhh ina bukan tak sensatif dengan keadaan sekarang tau, Nak share tentang makanan ni. Ina share ni sebagai pengalaman apa yang ina dapat dimusim PKP. Antara hikmah disebalik kejadian. Ok2 ina share sebahagian je tau. Antara yang menjadi pilihan suami dan anak-anak sampai hari ni.

kita bagi nama dia apam beras warna warni

Ni si isqandar panggil contos hahaha

cekodok pisang gebu tau,selama ni die slim. Sebab musim pkp berhasil jadi macam tuan diakan.

Kuih lapis ni, kegemaran arwah ayah mertua ina. Tapi sayang, ina pandai buat ni bila ayah dah pergi menghadap penciptanya. Alfatihah buat ayah mertua mohd zin bin piee

Donut gebu dan burger malaysia kegemaran anak-anak

1st time buat badak berendam ni, memang sedap makan time sejuk

Kuih ketayap ni kegemaran arwah mak ina, Dulu pernah mak ajar ina buat.Tapi sebab jarang buat,semua dah lupa. Ni hasil resepi google, alhamdulillah.alfatihah buat arwah mak jamilah bt mohd unni


Pau gebu, abah ina memang  terer buat kuih tau. jangan tak tahu. Tapi anak dia ni yang tak rajin nak menuntut. Lepas tu, time nak buat cari mr google hehehe

Cucur jawa, yeahhhhh jawa pun jawa la janji rock hahaha

Kek redvelvet moist

Ok-ok dah tu je la ye.nanti ada masa lagi ina share ape lagi ina buat dimusim civod 19 ni. Simpan dalam ni sesiap, Nanti bila-bila boleh tengok dan baca balikkan. Tq sekali lagi tau korang sudi baca entry ina ni sampai habis.Insyaallah, lepas ni ina akan share segala product baru dan ilmu kecantikkan di Mary Kay ok. Banyak ina nak share ni.

Assalamualaikum❤


Ina Shalina
Ina Shalina
Beauty Consultant Mary Kay
























Rabu, 15 Ogos 2018

kulit kusam,jeragat dan parut jerawat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dikalangan rakyat kita sering mengeluh,dah habis beribu ringgit tapi kenapa jeragat / melasma tetap ada ,huhuhuhuhuh..

Meh ina nak bagi tahu ni,tahu tak korang sebenarnya jeragat memang TAK boleh hilang,sebab jeragat berakar hingga kedalam kulit.

Korang pergi la buat laser ke,pergi la pakai product pengelupasan pun,memang la cantik  flawless lepas seminggu penggunaan.Tapi jangan menangis tau kalau dah tak continue  buat benda yang sama jeragat korang lagi teruk dari sekarang.

Jeragat / Melasma

Tetapi kenapa ina suka cadangkan korang semua dengan set mary kay,sebab keberkesanan product dijamin,product mk membantu menyihatkan kulit dari dalam .Bukan bahagian luaran sahaja tau.

korang nak tahu tak set apa yang sesuai sangat untuk kulit jeragat?
Set Melacep

Set Melacep direka khas oleh sainstis di Mary kay bukan sahaja untuk kulit jeragat,malah kulit kusam dan parut jerawat  yang hitam-hitam pun boleh hilang.

Dalam set melacep ini mengandungi 
 Extrak bunga edelweiss sangat terkenal sebagai agent pencerahan kerana dapat membantu halang melanin yang mengakibatkan kulit gelap serta  membantu sekatakan tona kulit kita.

Nak tahu tak apa benefit  yang terkandung lagi?

1. NATURAL  ANTIOXIDANT
Setiap hari kita akan terdedah dengan matahari.Jadi kulit kita akan expose dengan banyak redikal bebas.Redikal ini akan menyebabkan sign of angiaging dan juga boleh menyebabkan Cancer.

Korang nak tahu tak apa yang dikatakan redikal bebas tu?


Ni la redikal bebas yang ina maksudkan,jadi korang tak boleh tipu la kalau korang cakap korang terlindung dari sebarang rediakal hihihi betul tak.

Haaaa ok jom kita sambung balik, Extrak eldeweiss ni akan melawan Free redikal dan bertindak sebagai sunscreen juga dimana ia dapat membantu kulit kita tampil sentiasa muda jelita๐Ÿ˜

2. INCREASE BLOOD FLOW
Betapa pentingnya peredaran darah untuk menyalurkan nutrien kedalam sel kulit.Jika peredaran darah terhalang maka kurang la nutrien yang kita akan dapat.So edelweiss  extrak akan restore natural flow dan membantu kulit dapat nutrien secukupnya.bagi kekalkan kecantikan kulit seseorang.

3. DELIVER MOISTURE
Tidak seperti rawatan antiaging yang kebiasaannya mengeringkan kulit.eldeweiss memberi kelembapan berpanjangan untuk kulit.

Haaa nampak tak,sebab tu kita kena pakai product yang tinggi antioxcidant. sebab antioxcidant ni yang akan jaga kulit kita.boleh dikatakan mejoriti product mary kay ada kelebihan extrak  edelweiss

Jom Tengok macam mana rupa bunga edelweis ni nak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Bunga edelweis

Macam mana sekarang,uolss nampak tak apa yang bestnya product Mary kay ni,mengandungi agent pencerahan terbaikkan.Tanpa sebarang unsur pengelupasan bahan kimia.

Sebab tu la Mary kay berani meletakan jaminan 90 hari,kesemua product mary kay diuji beribu kali tau sebelum dipasarkan,jadi korang tak perlu la nak risau jika ada yang cakap product ni tak sesuai dengan kulit dia orang.

Jom kita tengok Promo bulan ni nak hehehe (mary kay tahu masaalah kulit yang melanda mejoiti rakyat malaysia)



promo bulan ni memang sangat-sangat memahami kan,fullset terus tau dia bagi,
                 1. Cleanser melacep
                 2. Freshen melacep
                 3.Ultimate cream
                 4. Masker
                 5. Serum lumivie

Dah la harga super jimat bulan ni, Ehhhh dapat FREE pouch beg la,korang tak nak ke๐Ÿ˜‚

Cuma apa yang perlu korang buat jika nak gunakan set ni,perlukan consultation yang betul dari beauty consultant yang berilmu dan bertauliah tau,sebab set ni memerlukan special guide.

Kalau betul cara penggunaan korang akan nampak kesan seawal 14-30 hari hehehe.Contact ina jom,ina terangkan lebih detail๐Ÿ’–


Fb :Mk farisha - Ina
Page : Ina Shalina
Ig : @mkfarisha
Blog : farishamarykay.blogspot.my
www.whatsapp.my/01114340454

Khamis, 9 Ogos 2018

Langkah Penjagaan Kulit Wajah ( sambungan)

Assalamualaikun dan salam sejahtera.

Jom ina nak sambung ilmu penjagaan kulit muka,ramai Yang tertunggu-tunggu kan.

Haritu ina cuma bagi 2 je kan,Now kita sambung Lagi 3 cara penjagaan kulit wajah yang betul.


LANGKAH PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL


Langkah ke 3 (Menyegar)

Ramai bertanya ina,wajib ke kita pakai penyegar akak? 
Jawapan ina wajib la,sebab apa?

Tahu tak sebenarnya kulit kita ni kan bersisik,jadi dengan penyegar ni la kita gunakan untuk membuka semua sisik-sisik tu,supaya pelembab dan serum mudah serap kedalam kulit.

Keadaan Kulit wajah sebenar yang bersisik

Antara fungsi lain penyegar ni adalah pembersihan kali kedua,Tak percayakan,Jom kita sama-sama buat nak tak.

Ambil facial cotton dan letakkan softener hingga kapas basah,dan sapukan kewajah secara gulug-gulung kecil dari dagu hingga seluruh muka dan dahi.Nah sekarang cuba tengok apa yang ada pada kapas tu.







Nampak tak ada kotoran kan yang masih tertinggal,Ehhhhh banyak tau fungsi penyegar ni,Liang pori akan mengecil dengan sihat dan menjadikan kulit cantik dan menawan. Tak  percaya cuba la .Ok jom sambung lagi langkah penjagaan seterusnya๐Ÿ˜

Langkah ke 4 ( Melembab )

Kenapa kulit perlukan lembapan? 
Jika lembapan tak cukup ni la puncanya wajah lebih berusia dari umur sebenar. faham tak apa yang ina maksudkan tu . Haaaaa jangan marah kalau orang cakap umur korang dah berusia k.padahal korang tu muda je lagi hihihihi.

Kulit ni kalau tak cukup lembapan  akan kering,melanin pd kulit dah mula berkurang tu sebab la kulit mudah berkedut dan jeragat pun ape lagi bermaharajalela la ,korang nak ke nampak tua sebelum usia ni? mesti tak nak kan, semua orang nak diri sentiasa nampak muda,termasuk lah ina.

Jom kita tengok sikit pelembab apa yang ada di Mary Kay ni.Korang jangan lupa Mk dah keluarkan banyak duit tau untuk kaji semua product yang dikeluarkan,Ingat nak pakai mary kay ikut usia korang,jangan nak jimat punya pasal korang pergi guna yang under age punya.memang lambat la kesan dia hihihi


Ni la antara pelembab yang ada di mary kay.Nak tahu korang sesuai yang mana meh la contact ina tau,ina akan consult kulit korang dulu .Jangan risau ina tak mintak sebarang bayaran pun hihihi..

Ok jom kita ke langkah penjagaan kulit wajah yang ke 5 dan terakhir.

Langkah Ke 5 (Melindungi)

Ha sampai dah ke penghujung,Cuci dah,Buang kulit mati dah,Menyegar dah,melembab pun dah.Yang terakhir ni pun penting tau.

Korang pernah dengar SPF?

SPF ni sangat -sangat penting tau.Sebab dia membantu sinaran dari UV dari terus menembusi kulit. nak tengok apa yang ina maksudkan.

 Nampak tak betapa Sinaran UV  berlebihan yang enembusi kulit akan merosakkan di bahagiandalam kulit kita.

Darimana UV ni datang?
Mejoriti yang jawap dari matahari,Yes betullll.tapi korang tahu tak,cahaya lampu dan api dapur yang kita masak tu juga mengandungi UV hihihi. Mesti terperanjat kan. Ni la hakikat  sebenar yang ramai tak tahu tu sebab la selalu sangat kita ambil sambil lewa.

Cuba kita tengok berapa ramai tukang masak dan orang yang  kerja di dalam air cond tanpa kena cahaya matahari,tapi kulit ada jeragat dan tampak tak bermaya betulkan.

Jadi dengan itu gunalah SPF yang sesuai untuk kulit kita.Mary Kay ada menyediakan  product yang mengandungi spf.Salah satunya day solution spf 35. best sangat - sangat,yang paling penting tak berminyak.
Ok settle dah ke lima - lima langkah penjagaan kulit yang ina nak sampaikan,semoga sedikit sebanyak ina dapat bantu korang yang sedang tercari-cari bagaimana cara penjagaan kulit wajah di rumah tanpa ke Spa.

Untuk merasai sendiri bagaimana kelas penjagaan kulit wajah secara practikal dan ingin merasai sendiri apa yang best sangat berspa di rumah,meh cepat-cepat booking slot dengan ina.Yang pastinya korang akan dapat special gift dari ina.

Ok bye see u soon,nanti kita sambung dengan pembelajaran yang lain pulak ye,sayang korang๐Ÿ˜ฐ

Fb : Mk Farisha
Page : Ina Shalina
Ig : @mkfarisha
Blog : Farishamarykay.blogspot.my






Khamis, 28 Jun 2018

Langkah Penjagaan kulit Muka Yang Super awsome

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alkisah sebenarnya  ramai yang tak tahu apa  langkah sebenar penjagaan kulit wajah betul kan,hehehe

Bulan March lepas, ina ada dapat jemputan SKINCARE CLASS di Klia dan Klia 2 bersama warga staff MALAYSIA AIRLINE.Alhamdulillah 4 minggu sabtu ahad ina berulang kesana untuk menjalankan tugas mnyebarkan maklumat mengenai kecantikkan sebenar dan penjagaan kulit wajah yang sebenar hihihi macam tak percaya pun ada tau,betul ke ina boleh buat semua ni dihadapan 20orang staff disetiap sesi yang diberikan.

Ohhhh God macam satu kejutan budaya 0k,tak pernah terfikir akan berada sejauh ni.Daripada seorang yang tak banyak cakap,kini ina berubah untuk menjadi yang lebih baik.Mary kay mengajar ina untuk terus berdikari,mecari pengalaman hidup sehari kesehari.

Ehhh nampak tak mudah sangat ina ni melalut tau,tadi nak cerita langkah penjagaan kulit kan,hahahaha.ok ok jom jom  kite tengok apa penjagaan kulit yang perlu kita tahu.

LANGKAH PENJAGAAN KULIT WAJAH


Langkah 1 (Membersih)


Terdapat 2 cara langkah pembersihan kulit di Mary kay,samaada dengan menggunakan jari kecantikkan @ berus yang super duper awsome SKINVIGORATE.Nak tengok tak macam mana rupa berus yang ina bagi tahu tu.


Haaaa nampak tu warna pun dah menawankan,bayangkan kalau dapat pakai,Fungsi berus ni memang buatkan semua orang teruja ,terasa cantik tiba-tiba,hihihihi, pehhhhhh best gila kot.

Boleh digunakan dengan segala jenis  Cleanser yang terdapat di mary kay 

Langkah ke 2 (Membuang Sel Kulit Mati)


Korang mesti dah tahu kan mcm mana nak buang sel kulit mati, lagi- lagi korang yang pernah hadiri skincare kelas yang ina dah buat hehehe.
Yang tak tahu bagaimana nak buang kulit mati meh ina nak share dengan korang. tau tak proses pembaharuan kulit berlaku setiap 28 hari,maka disitu terhasil la,kulit mati akan terjadi.Nak tahu tak macam mata rupa kulit mati tu.Jom ina share gambar sikit


Kulit mati

Nah gambar ni khas buat kita-kita yang tak nak dan tak tahu buang kulit mati.ngerikan, macam papan lapis gitu,ni la sebab korang tengok ada masa kulit jadi kusam dan kalau simpan lama-lama boleh hasilkan jeragat.Kalau nak kulit cantik dan sihat kita kene buang kulit mati ni paling kurang sebulan sekali.Nak lagi cantik, buang la kulit mati seminggu 2 kali,Tengok la nnt kulit korang lagi cantik kebabom tau๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Macam mana nak buang kulit mati tu?????

Alahai  buang la kulit mati pakai masker,Ina suka cadangkan pada korang Botanical mask tau sebab apa?sebab Botanical mask ni akan menghasilkan kesan serta merta tau.kalau tak pecaya cuba la๐Ÿ˜,jangan salahkan ina kalau kulit terus jadi cantik tau๐Ÿ˜˜


Ok ina bagi 2 langkah dulu nanti ina update lagi langkah seterusnya ok.Sayang korang ketat-ketat๐Ÿ’‹



Fb : Mk Farisha
Page : Ina Shalina 
Ig : @mkfarisha
Blog :www.farishamarykay.blogspot.com

Jumaat, 2 Mac 2018

Keadaan kulit manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa pernah tengok keadaan kulit kita sebenar,jika dilihat bawah microskop, cuba angkat tangan.Haaaa ramai yang tak pernah tengokkan.

Hari ni ina nak share la dengan kawan2 yang melawat blog ina ni,bagaimana keadaan kulit kita sebenar.

Korang semua jangan ada yang pengsan tau.Kalau apa yang ina share ni ada yang tak tidur malam,kikiki sebab ina pun ngeri kalau tengok banyak kali.

Kulit kita sebenarnya bersisik 


Haaa nampak tak macam mana keadaan kulit kita,



Kawan2 nak tau tak,ina ada pergi kelas percuma tau.Analysis Skin Class,banyak ilmu tentang kulit yang ina tak tahu selama ni.

Rupanya kulit kita menjalankan proses pembaharuan setiap 28 hari .memang kalau nak di kaji secara terperinci kulit ada banyak lapisankan.tapi dalam blog ni ina ringkaskan je la ye.

Apa yang perlu kita semua tahu,kulit terdapat 3lapisan utama
Alkisahnya,sebelum ni beratus,beribu duit habis dengan product merepek-repek rupanya cantik luaran sahaja.tapi bawah kulit ina abaikan patut la kulit ina jadi teruk lepas stop sesuatu product kan.Dengan jerawat naik,kulit jadi hitam lengut.huhuhuhu.

Selama ni ina syok sendiri la.Sebab skincare yang ina pakai hanya mencantikkan dibahagian Epidermis je. Minyak yang terkumpul dibawah kulit ina peram dan terus peram,janji kulit jadi glowing Macam putih telur gitu siap nampak urat2 hijoo lagi.

Ishhhh kesilapan besar yang pernah ina lakukan suatu ketika dahulu.
Memori Hitam selepas berhenti sesuatu product

Cuba tengok ni tak sanggup tau nak ambil gambar full muka ina masa ni.Ya allah malunya allah je yang tau,sampai husband ina cakap,duit dah banyak habis,tapi kulit tak jugak elok,Huwaaaaaaa nak nangis guling-guling rasanya,bila cik abang cakap macam tu๐Ÿ˜ญ

Bersyukur sangat dipertemukan dengan product mary kay.Nak tau kenapa? Sebab product ni bekerja sehingga lapisan Hypodermis @ lapisan ke 3 kulit kita,Molekul halus yang terdapat dalam semua product Mary Kay menyerap terus ke dalam kulit.

Pengalaman ina menggunakan skincare Mary kay .Kulit terus jadi lembab-lembab gitu.Kawan-kawan nak tau tak?

Kulit kita perlukan lembapan tau,Sebab kita nak bagi Nutrien dalam kulit supaya bekerja secara sihat, Dalam tempoh 28 hari pembaharuan kulit.Kulit yang berada dibawah akan naik sedikit demi sedikit dan akhirnya berada di bahagian kulit yang paling atas iaitu epidermis.

Macam mana nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat kalau bawah kulit kita kering dan dipenuhi dengan kotoran.betul tak.

Ok la,panjang sangat membebel rasanya kali ini,nantiina sambung celoteh ye darling semua.muah muah muah..

Lot of luv

Ina - mkfarisha
Fb : farisha MK
Ig : Mkfarisha
whatsapp/call :011 14340454

Khamis, 4 Januari 2018

Product selamat dan jimat

Assalamualaikum dan selamat tahun baru buat kawan-kawan yang melawat blog ina ๐Ÿ˜‚

Tahun 2017 banyak kenangan pahit dan manis yang ina lalui,  segala yang terjadi ina jadikan kenangan dan pengajaran.Impian ina ditahun 2018, untuk berubah jadi manusia yang lebih positif.
Bebas dari kekangan kewangan,Membahagiakan keluarga serta anak-anak, adalah salah 1 Goal ina untuk teruskan kerjaya dalam mary kay.kawan-kawan doakan ina ye๐Ÿ˜Š

Antara Kenangan Terindah Ina Tahunn 2017 (Bersama Mary Kay)











Gambar-gambar kat atas ni antara aktiviti inasepanajng bulan bulan 12 tahun 2017.Skin Care Class yang ina jalankan ni,antaranya di Port Dickson,Senawang,Seremban, Kajang dan Johor Bahru,Semakin ramai yang ingin menjadi wanita bijak,nak cantik dengan cara selamat dengan product berkualiti dan yang penting jimat berganda-ganda.

Nak tau tak kenapa ina cakap jimat berganda-ganda?Sebab dengan membeli skincare mary kay, Kita akan gunakan product tersebut sehingga 6 bulan lamanya.Tak perlu dah nak kene asingkan duit belanja tiap bulan untuk membeli product kecantikkan.

Nak tau kenapa ina cakap selamat? Sebab product Mary kay dah diiktiraf oleh Skin Cancer Faundation๐Ÿ˜Ž

kawan-kawan jadilah pengguna bijak juga tau,Zaman sekarang duit sangat bernilai,ditambah pula anak-anak yang semakin membesar.

Jika ada kawan -kawan yang nak cuba semua product mary kay  boleh la bagi tau ina tau,Nak bagi Percuma je ๐Ÿ’˜

Lot Of Lov,

Kak Ina | 01114340454
Ig : @mk_farisha
Fb : Farisha mk

Selasa, 21 November 2017

Ilmu Dan Kerjaya Di Mary Kay

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Buat semua sahabat yang sudi melawat Blog ina,Hari kan ina nak share la, sidikit memori ina sepanjang bergelar beauty consultant Mary Kay.

Aktiviti Yang Dijalankan Sebagai Beauty Consultant

Bila difikir-fikir balik, betul pepatah orang dulu bukan senang untuk jadi senang.Dulukan arwah mak pernah pesan, Hidup kita tidak akan selalu senang dan tidak akan selalunya susah,yang penting kita kena usaha untuk berjaya,

Bermula dengan Beauty Consultant dengan jaket hitam bertudung pink, Alhamdulillah jaket ina sekarang dah bertukar warna tau,Tapi warna merah la,Jauh lagi perjalanan ina nak kejar ke jaket Biru tu.Tapi dengan penuh harapan semoga dipermudahkan perjalanan ke arah tu ,doakan ina tau.

Pertama kali menyertai Event Di Mary Kay, RED JAKET RETREAT , membuatkan ina makin teruja untuk meneruskan langkah didalam bidang beauty consultant ni.Semangat yang ada pada setiap orang dalam event tu,masyaallah Allah je tau. Mereka ada Big Why masing-masing,macam tu juga dengan ina. Yes Big Why ina yang membuatkan ina berada di sini,untuk mencari ilmu demi mencari rezeki anak-anak dan keluarga ina.

Dipertemukan ina dengan Mary Kay di dalam Unit SWAN, banyak mengajar ina ilmu tentang persaudaraan,kalau dulu ina seorang yang susah untuh tersenyum,tapi tidak sekarang, Kalau dulu ina sering menyendiri,tapi tidak sekarang.Banyak lagi perkara positif yang ina perolehi dalam unit yang super power ni, Ina berdoa sangat semoga suatu hari ina pun boleh berjaya seperti mereka.

Ehhhh,dah terover membebelkan.Jom jom ina nak share gambar-gambar masa ina join event Lautan Jaket Merah ni. 21/Oct/2017 (Sabtu)






Alhamdulillah dan bersyukur yang tak terhingga juga berada dalam RLS, adik manis berbaju biru tu,kecil-kecil cili padi, SD lily suraya banyak berilmu dan semangat untuk kami terus maju dan berjaya.Yang berkaca mata tu la Recruiter ina yang bawa ina didalam dunia Mary Kay, 5 orng adik manis ni semua muda-muda belaka,tapi mereka berfikiran matang.Mereka punya impian yang sama dengan ina, ingin cantik dan membantu kewangan keluarga.

Uolsss doakan kami berjaya mengejar impian kami ok.Sayang Semua๐Ÿ˜

                                                                                                                      Lots Of Luv,  
                                                                                               
Fb : Mk Farisha                                                                                            Ig  : Mk_Farisha                                            www.whatsapp.my/01114340454





Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...