Bismillahhirohmannirohim..
Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah lama sangat ina tinggalkan. Kerjaya,minat, perkongsian tentang beauty dan kecantikan di Mary Kay.
Bukan kata berhabuk lagi dah, bersawang dah ina rasa blog ni. Tq tq tq buat semua yang sudi singgah baca setiap artikel ina dalam ni walaupun lama sangat tak update apa-apa. Semoga apa yang korang dapat dalam blog ni, dapat bantu untuk menambah sedikit ilmu dan info tentang produck mary kay.
Belum terlambat rasanya untuk ina ucapkan "Salam Aidiladha PKP 2021". Pkp tu wajib letak hahaha. maklum lah faktor usiakan,tak de la nanti ina lupa blog ni ina buat time raya musim si covid 19 ni. Stress jangan cakap la. Selagi si covid ni tak nyah dari muka bumi ni, selagi tu la ramai alami sindrom yang samakan baik mengaku hihihi.
Tapi kita sebagai hamba Allah yang maha esa,kene ingat satu je. Allah hadirkan setiap ujian dan cabaran mengikut kemampuan kita.Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni.
Meh nak share sikit gambar kami untuk dijadikan kenangan raya PKP 2021.Fikir yang baik-baik,Doa yang baik ye.Niat kerana Allah.
Uishhhh banyak betul ina nak story ni, maklum la lama sangat tak meluah dalam nikan hihi.Korang jangan bosan tau.Last 2018 ina updatekan.Siapa friend fb Ina Shalina dan follow ig maryk_inshalina opcos la,boleh jumpa ina kat situ. Salam perkenalan yang baru mengenali ina melalui blog ni.
Ehhhh korang tadikan ina ada cakap, Setiap cabaran yang Allah bagi kita dimusim pendamic ni pasti ada hikmahkan. Ni semua kuasa Allahkan.Korang tahu tak, Selama ni, ina boleh dikatakan tahu masak hanya yang asas sahaja. Tapi bermulanya pendamic tahun 2020, ina dah mula slow-slow belajar bagaimana nak pikat perut suami dan anak-anak.
Korang Jom la ina nak share ni, apa je yang ina belajar,dari resepi google. Ehhh ina bukan tak sensatif dengan keadaan sekarang tau, Nak share tentang makanan ni. Ina share ni sebagai pengalaman apa yang ina dapat dimusim PKP. Antara hikmah disebalik kejadian. Ok2 ina share sebahagian je tau. Antara yang menjadi pilihan suami dan anak-anak sampai hari ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.