Ahad, 25 Julai 2021

Ina Shalna Kini Kembali

 Bismillahhirohmannirohim..

Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah lama sangat ina tinggalkan. Kerjaya,minat, perkongsian tentang beauty dan kecantikan di  Mary Kay.

Bukan kata berhabuk lagi dah, bersawang dah ina rasa blog ni. Tq tq tq buat semua yang sudi singgah baca setiap artikel ina dalam ni walaupun lama sangat tak update apa-apa. Semoga apa yang korang dapat dalam blog ni, dapat bantu untuk menambah sedikit ilmu dan info tentang produck mary kay.

Belum terlambat rasanya untuk ina ucapkan "Salam Aidiladha PKP 2021". Pkp tu wajib letak hahaha. maklum lah faktor usiakan,tak de la nanti ina lupa blog ni ina buat time raya musim si covid 19 ni. Stress jangan cakap la. Selagi si covid ni tak nyah dari muka bumi ni, selagi tu la ramai alami sindrom yang samakan baik mengaku hihihi.

Tapi kita sebagai hamba Allah yang maha esa,kene ingat satu je. Allah hadirkan setiap ujian dan cabaran mengikut kemampuan kita.Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni.

Meh nak share sikit gambar kami untuk dijadikan kenangan raya PKP 2021.Fikir yang baik-baik,Doa yang baik ye.Niat kerana Allah.


                                            

                              Doakan ina terus kuat tempuh setiap halangan dan cabaran  

                                                                                                                                        Suami yang banyak bagi kekuatan, dorongan dan menasihati ina,tq sayang
                                                     
3 hero ina yang menjadi kekuatan untuk ina teruskan balik kerjaya diMary Kay.

Korang doakan ina berjaya k, Ina buat semua ni demi keluarga, suami dan anak-anak. Ina sayang mereka semua.


Uishhhh banyak betul ina nak story ni, maklum la lama sangat tak meluah dalam nikan  hihi.Korang jangan bosan tau.Last 2018 ina updatekan.Siapa friend fb Ina Shalina dan follow ig maryk_inshalina opcos la,boleh jumpa ina kat situ. Salam perkenalan yang baru mengenali ina melalui blog ni. 

Ehhhh korang tadikan ina ada cakap, Setiap cabaran yang Allah bagi kita dimusim pendamic ni pasti ada hikmahkan. Ni semua kuasa Allahkan.Korang tahu tak, Selama ni, ina boleh dikatakan tahu masak hanya yang asas sahaja. Tapi bermulanya pendamic tahun 2020, ina dah mula slow-slow belajar bagaimana nak pikat perut suami dan anak-anak. 

Korang Jom la ina nak share ni, apa je yang ina belajar,dari resepi  google. Ehhh ina bukan tak sensatif dengan keadaan sekarang tau, Nak share tentang makanan ni. Ina share ni sebagai pengalaman apa yang ina dapat dimusim PKP. Antara hikmah disebalik kejadian. Ok2 ina share sebahagian je tau. Antara yang menjadi pilihan suami dan anak-anak sampai hari ni.

kita bagi nama dia apam beras warna warni

Ni si isqandar panggil contos hahaha

cekodok pisang gebu tau,selama ni die slim. Sebab musim pkp berhasil jadi macam tuan diakan.

Kuih lapis ni, kegemaran arwah ayah mertua ina. Tapi sayang, ina pandai buat ni bila ayah dah pergi menghadap penciptanya. Alfatihah buat ayah mertua mohd zin bin piee

Donut gebu dan burger malaysia kegemaran anak-anak

1st time buat badak berendam ni, memang sedap makan time sejuk

Kuih ketayap ni kegemaran arwah mak ina, Dulu pernah mak ajar ina buat.Tapi sebab jarang buat,semua dah lupa. Ni hasil resepi google, alhamdulillah.alfatihah buat arwah mak jamilah bt mohd unni


Pau gebu, abah ina memang  terer buat kuih tau. jangan tak tahu. Tapi anak dia ni yang tak rajin nak menuntut. Lepas tu, time nak buat cari mr google hehehe

Cucur jawa, yeahhhhh jawa pun jawa la janji rock hahaha

Kek redvelvet moist

Ok-ok dah tu je la ye.nanti ada masa lagi ina share ape lagi ina buat dimusim civod 19 ni. Simpan dalam ni sesiap, Nanti bila-bila boleh tengok dan baca balikkan. Tq sekali lagi tau korang sudi baca entry ina ni sampai habis.Insyaallah, lepas ni ina akan share segala product baru dan ilmu kecantikkan di Mary Kay ok. Banyak ina nak share ni.

Assalamualaikum❤


Ina Shalina
Ina Shalina
Beauty Consultant Mary Kay
























Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...