Selasa, 31 Oktober 2017

Mencari Ilmu Untuk Kerjaya Tak Salahkan.Bukan Niat Menunjuk-Nunjuk Tapi Demi Masa Depan Anak-Anak Dan Keluarga Tersayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 Hari ini ina nak share sikit gambar aktiviti ina sepanjang penglibatan ina di mary kay.

Mencari Ilmu Mary Kay Di Johor Bahru

 Walaupun dah jadi sebahagian dari kenangan ,tapi bagi ina amat bermakna,di sini lah ina dapat mengenali lebih rapat dengan leader-leader yang hebat di dalam mary kay.

Memang kalau orang cakap,Membazir duit minyak je pergi jauh sampai beratus Km,Tapi ilmu benda yang sama. Tapi bagi ina,biar la apa orang nak cakap, niat ina untuk tambah ilmu untuk berjaya, kalau dulu hidup ina penuh dengan alasan, tapi kini semuanya dah berubah.

Memulakan perjalanan dari Seremban  jam 6 petang,yang ditemani dengan 2 orang sister yang kaki jalan serta anak bujang ke 2,sedia menemani ibu sebagai body guardπŸ˜‚πŸ˜‚.Alhamdulillah perjalanan yang lancar dengan izin Allah.Sampai di JB jam 10 malam.


Ok, ni nak cerita pulak ilmu apa yang ina pergi tuntut sehingga mengambil masa 4 jam perjalanan. Sebenarnya niat tu bukan takat nak cari ilmu je,ina nak kenal lebih rapat dengan kawan-kawan yang 1 team dengan ina,ishhhh betul tau, walaupun kami hanya kenal di dalam group whatsapp,sekali jumpa ya allah memang la diorang ni sangat awsome gila,Kami berborak berkongsi ilmu macam dah kenal bertahun,tak da yang kedekut ilmu.korang memang best tau


Pergi kelas jejauh, dapat ilmu, dapat ramai sngat kawan, rugi ke  kalau macam tu,bagi ina,tu la keuntungan dan kelebihan di mary kay.Jom jom kita tengok apa yang ina dapat di JB.








Semangat kekeluargaan yang diterapkan membuat kan kami rapat, tidah kira usia, walaupun ina berusia dari mereka ,mejoriti adik- adik dalam team ni, tp semangat die orang ni,buat ina teruja untuk terus maju  demi suami, anak-anak dan keluarga.

Sayang RLS πŸ˜šπŸ˜šπŸ’–πŸ’–




Fb                        : Farisha Mk
Ig                         : Mk_farisha
Call/ Whatsapp  :011 14340454


Khamis, 26 Oktober 2017

Tahu Tak Sebenarnya Kulit Kita Semakin Berusia Mengikut Umur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.semoga hari ini lebih baik dari semalam.Hari ni,ina nak share sikit Ilmu mengenai  Timewise Miracle Skincare set.Jom kita tambah ilmuπŸ‘Έ

Timewise Miracle Set

🌸 Set ini digunakan untuk umur 23 tahun dan keatas,Jika dah memasuki 40 an boleh memilih untuk kekal mengunakan set ini atau bertukar ke timewise repair set,yang difomulasi lebih advance mengikut usia.

🌸Anti Aging set yang terbaik dan Best Seller di Mary kay.juga dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat,serta membuat kulit cerah sekata dan berseri secara menyeluruh.

🌸 Mempunyai 11 kelebihan iaitu mencuci,mengelupas,menyegar,mengaktif,melembab,mengahlus,
menegang,melembut,menlindungi,menjana dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

🌸 Terdapat dalam 2 formular

  1. Normal To Dry (NTD)
  2. Combination To Oily  (CTO)
πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

SIAPAKAH PENGGUNA TIMEWISE MIRACLE SET?


🌸 Yang mempunyai masaalha pori besar,kulit kusam,masaalah kulit tidak sekata,parut jerawat dan juga jeragat

🌸Yang mencari product penjagaan kulit yang selamat dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya

🌸Yang ingin mendapatkan anti aging benefit iaitu mengatasi masaalah kulit wajah nampak lagi  berusia dari usia sebenar

 Testimoni Timewise Miracle Set


Jom kita tengok item Didalam Set timewise Miracle









Lot Of Luv,
FB : Mk Farisha
Ig : Mk_Farisha
Call / Whatsapp : 011 14340454





Rabu, 25 Oktober 2017

Masaalah Kulit wajah Untuk Anak Remaja 11 - 20 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Awak tau tak sebenarnya anak remaja kita pun mengalami masaalah kulit.Maaf cakap,dulu ina pun tak percaya tau,sebab kulit ina dulu memang tak ada masaalah.Sampai la terkena batang hidung sendiri, bila anak bujang meningkat remaja.

Anak bujang ina dah umur 13 tahun sekarang,sangat aktif dengan bola sepak dan terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari,Kulit jadi gelap dan berminyak tak payah cakap la.Harusla kan, mana ada orng main bola bawah bumbung hihihihi.

Kesian tau,anak ina mula menampak kerisauan die bila dah ade jerawat mula membanjiri muka dia (ehhh betul ke ayat tu) kita santai2 la ye hehehe.

Abang dah start mintak ibu belikan pencuci muka.Yup betul walaupun ina beauty consultant Mary Kay,ina tak belikan anak barang mary kay. Kenapa nak tau tak? Sebab mentaliti ina yang dah lali dengan perkataan product mahal.Yesss ina belikan anak pencuci muka biasa yang jual di kedai-kedai runcit,jenama biar la dirahsiakan 😢 yang beharga Rm8.90

Selang 2 minggu abang bagi tau pencuci muka dah habis,Ya allah anakkkkk,ni main buih ke pakai kat muka.Ibu dah start cuba mengira Rm8.90 X 2(sebulan kene beli 2kali) = Rm17.80 untuk sebulan.

Setelah ditambah di tolak,jerawat pun makin banyak tak salah rasanya ibu belikan abang Cleanser Botanical ni,ibu keluarkan duit untuk pencuci muka abang yang boleh tahan 6 bulan sebulan Rm12 ringgit je .Product siap ada guarantee lagi,apa ibu nak takutkan.

Haaaa,sekarang abang pakai cleanser botanical dah masuk 2 bulan ,ibu tgk masih banyak lagi.Ehhh  jerawat mana jerawat.Baru sebulan abang pakai,jerawat dah tinggal seketul 2 je.

Pesanan ina buat ibu-ibu diluar sana, kulit anak remaja kita muda lagi,jangan biarkan rosak dengan product-product yang tak tau mana asal usulnya,Ina pun hampir-hampir terpedaya.Tapi sempat sedar.Ubah la Mind Set kita,cari la product yang dah diiktiraf oleh Skin Cancer Foudation. 
Si bujang berbaju hitam ni la anak bujang ina
Jom kita cikidot sikit Apa je item yang terdapat dalam Set Botanical effect

Botanical Effect 

Set skincare Botanical ni khusus untuk remaja tau yang berusia 11 - 20 tahun.SILYMARIN (susu buah tistel) yang berfungsi sebagai antioksida kuat untuk membantu melindungi dan menenangkan kulit wajah.

  • Memberi lembapan pada kulitdengan serta merta
  • mengurangkan kekusaman kulit
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan lebih seimbang
  • Membuat kulit merasa tenang terutama sekali untuk kulit yang rosak akibat pengunaan product yang mengandungi bahan kimia yang tinggi dan bahaya
  • Bahan utama set ini adalah bahan-bahan botani
Terdapat dalam 3 formula:

  • Formula 1 - Untuk kulit Kering / Sansetif
  • Formula 2 - Untuk kulit Normal / Kombinasi
  • Formula 3 - Untuk kulit Berminyak 
🌺 Set Botanical ini adalah setpenjagaan kulityang paling asas.Ia sekadar membersih dan melembab
sahaja sebab itulah sesuai digunakan oleh remaja yang kulitnya masih muda.

🌺 Jika jerawat yang teruk disebabkan penggunaan salah product,rawat dulu dengan Acne Set.

🌺 Telah diuji dan terbukti lembut serta selamat digunakan untuk semua jenis kulit walaupun dengan kulit yang paling sensitif

🌺 Tiada fungsi antiaging/anti penuaan/memudakan kulit.Bagi pengguna berumur 23tahun keatas disarankan untuk menguna Timewise MIracle Set

🌺 Set ini tiada fungsi memudarkan jeragat

Jom kita tengok sikit antara Koleksi Item Set Botanikal Effect











Luv with,

Fb : Mk Farisha
Ig : Mk_farisha
Whatsapp / Call : 01114340454


Kekasih Hati Menjadi Penguat Semangat Untuk Terus Bangkit Dari Kesedihan Masa Silam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa tak ada kisah silam cuba bagi tau,begitu juga dengan ina.Setelah perginya ibu tercinta,ina seakan hilang arah.

Mak la yang selalu bagi kata-kata nasihat dan semangat untuk ina teruskan kehidupan.walaupun ina tiada segulung ijazah.Kesedihan yang ina alami sehingga menjejaskan kesihatan kami sekeluarga. Segala apa yang ina lakukan seolah-olah tiada arah tuju.

Yaa hampir sebulan mengasingkan diri,dengan mengharapkan gaji bulanan kerja hakiki,Hidup kami rasakan kosong,setiap hari ditemani air mata.Nak tau siapa yang mengembalikan semangat ina.

Yesss suami Zahari Bin Mohd Zin,walaupun perginya emak suatu kehilangan besar pada suami dan anak-anak tapi semangat mereka kuat.Satu kunci dia,ina kene redha dan lepaskan mak pergi dengan tenang.

Alhamdulillah,3 bulan sedikit demi sedikit ina bangkit untuk kembalikan siapa ina yang dulu,minat berniaga sama dengan arwah mak,Haah ye sekarang ina akan hidupkan kembali,impian mak yang nak tengok ina berjaya suatu hari nanti.

Buat En suami, anak-anak,abah dan adik-adik doakan  ina kuat untuk teruskan semangat dari arwah mak yang ditinggalkan.Ina sayang kamu semua.

Nie ina nak share sikit siapa orang dibelakang ina yang sentiasa menjadi penguat semangat ina untuk terus maju dari segala kegagalan.

My be love husband,boyfriend dan kekasih hati

My 1st Be Luv Son
My 2nd Be Luv Son

My 3rd Be Luv Son

Mereka berempat ini la kekasih hati yang ina maksudkan antara tulang belakang yang sangat-sangat memahami kerjaya ina sekarang. "Ibu akan pastikan kalian juga akan merasa kejayaan ibu akan datang, dan kalian yang membuatkan ibu semakin bersemangat dan gagah menempuh sebarang dugaan,insyaallah".

Lot Of Love..πŸ’˜πŸ’–               

Mk Farisha 
Independant Beauty Consultant
www.whatsapp.my/01114340454


Tergoda Dengan Golden Rules Yang Diterapkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Jom kali ni nak cerita pulak macam mana ina boleh tergoda dan terus jatuh cinta dengan product Mary Kay.

Bermulanya Kisah Hidup Didalam Mary Kay

Setelah alami broken skin dan gangguan pernafasan yang maha dasyat,ina membuat keputusan nekad dengan mencari product yang berasaskan organic dan mineral base.

Yesss..yess akhirnya, suatu hari, ketika melayari laman sosial ternampak 1 iklan yang sangat menarik perhatian,Ya dah tentu la iklan product kecantikan (perempuankan pantang tau kalau melintas depan mata iklan product cantik-cantik ni).Mesti uollss dah dapat tangkapkan, product apa yang ina maksudkan hihihi,,Ha..dah tentulah product Mary Kay. Iklan dari sahabat alam maya, masa tu la hati ni terdetik untuk terus mengkaji dan mencari segala maklumat mengenai product tersebut.Alhamdulillah setelah mendapat consult dan penerangan terperinci, akhirnya ina bersetuju membeli cleanser Timewise Miracle (bajet ciput masa tu,hanya mampu beli cleanser je itu pun dah bersyukur sangat tau).

Dari asalnya membeli cleanser sahaja,ehhhhh tetiba lepas seminggu terus order Softener dan Mosturizer (jangan tanya ea,mane dapat duit,tadi kata tak da bajet).iollsss sanggup tau ikat perut semata-mata nak pulihkan kulit muka.Nampak tak kegairahan seorang perempuan yang nak cantik untuk suami tercinta(kalau en suami baca kisah ni, jangan marah tau,ibu beli sorok-sorok takut kene kecam) hihihi.

Berkat pengunaan secara konsisten dan istikomah,akhirnya membuahkan hasil,penggunaan product selama 2bulan,jerawat dah mula mengecut dan kulit jadi semakin bersih ,alhamdulillah,yang membuatkan ina macam tak percaya,rupanya ada mata-mata yang perhatikan perkembangn kulit ina la.(malu la pulak)

Bermula sebagai user,akhirnya ina mengambil keputusan menjadi Beauty Consultant di Mary Kay. Kawan-kawan kerja yang nampak perubahan kulit ina dah mula order product skincare,alhamdulillah diatas rezeki yang Allah kurniakan.Bersyukur kepada yang Esa kerana membuka hati ina untuk menjadikan Mary Kay sebagai partime career.

Nak tau tak apa faktor yang utama ina tergoda untuk jadi beauty consultant.Haaa tahu tak dalam Company Mk, kami menerapkan GOLDEN RULES.

1.Allah
2.Keluarga
3.Kerjaya

Yess,alhamdulillah dipertemukan dengan 1 perniagaan yang memperkayakan kaum wanita.Cantik dapat,Ilmu dapat,Income pun dapat.Kalau 17 tahun yang dulu impian untuk menyarung jubah Konvo terpaksa dilupakan,atas desakkan hidup.Tapi kali ni Mary Kay akan merialisasikan impian ina.

Mak,kalau mak masih ada sekarang mesti mak akan jadi tulang belakang ina untuk berjaya,Mak nak sangatkan tengok ina berjayakan.Ina akan buktikan.Ina tak nak lagi impian ina jadi mimpi.walaupun mak dah tak da,Tapi permintaan mak akan ina tunaikan dengan Mary kay ni.Ina sayang mak dunia akhirat.

Alfatihah Buat mak yang telah kembali kepada penciptanya 18 Jan 2017.Al Fatihah mak Jamilah Bt Mohammed Unni.



Selasa, 24 Oktober 2017

Keghairahan Nak Cepat Cantik Dan putih Gebu,Akibatnya Memakan Diri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.Jom hari ni ina nak cerita share apa akibatnya terlalu taksub nak cepat cantik,Pengunaan product pengelupasan dan menghakis silih berganti,tak pernah serik.

Akibat Terlalu Taksub Nak Cepat Cantik

Bila sebut je pasal cantik semua perempuan suka, betul tak termasuk la ina.Pantang nampak kawan2 yang kulit Glowing dan Flawwless mesti tanya pakai product apa.Dan..dan time tu juga melompat nak pergi beli,Tak pernah fikir ape akan jadi kemudian hari,Janji cantik😎😎 perempuankan,

Ehhh memang betul la, baru pakai seminggu cantik nye kulit iolsss,nak tau tak product apa,Ofcoz la peroduct pengelupasan hihihi,Tak mo la cerita lagi, nanti orang fikir bukan2 pulak.

Selama 11tahun menjadi pengguna tegar product pengelupasan,bertukar dari satu product ke satu product yang lain, x pernah serik, duit tak payah cakap la berapa banyak yang dah dilaburkan,(kalau en suami baca kisah ni, jangan marah ea,nak cantik untuk suamikan, sanggup tau sorok duit untuk beli product)πŸ˜‰.

Nak tau tak apa yang terjadi pada ina yang membuatkan ina nekad Stop pakai product pengelupasan ni,huhuhu,nak dijadikan satu cerita,3 kali ina kene sesak nafas, ya allah masa tu allah je yang tau macam nyawa dihujung tanduk,susahnya nak bernafas,bila pergi cek,doctor bagi tau angin,tapi dah makan segala ubat tetap kene juga perkara yang sama, setelah mendapatkan nasihat dari 2 - 3 orang doktor. nak tau tak apa jawapannya, Ya Hidrokuinone yang terdapat dalam product pengelupasan tu.

Ya allah,kenapa la ina degilkan padahal dah tau ape effect penggunaan product pengelupasa/peeling product tapi tula,orng cakap sebab terlalu taksub dengan nak cepat cantik,sanggup menidakkan apa yang pakar-pakar kecantikkan pernah bincangkan.Diakbar pun dah banyak kali bagi tau,tapi tak pernah endahkan.

Buat kawan-kawan yang baca kisah ina ni,ambil la ikhtibar ye, Hidrokuinune dan merkuri sangat-sangat bahaya pada diri kita, 17Tahun bekerja didalam bidang makmal,tapi selalu ambil perkara macam ni sambiul lewa. Tolong..tolong,tolong la percaya merkuri yang ada pada product kecantikan amat la bahaya, ia sangat mudah meresap diliang-liang pori muka,dan akibatnya Kanser,

Masyaallah mintak dijauhkan,Dari penyakit-penyakit yang merbahaya ni,Kat bawah ni ina ada sertakan gambar ina semasa berhenti penggunaan Product pengelupasan dan menghakis,Kulit jadi terbakar segala mak nenek jerawat semua keluar tanpa segan silu.


Isnin, 23 Oktober 2017

Perginya Seorang Insan Yang Amat Dikasihi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat, 

Alhamdulillah diberi kekuatan  diri untuk memulakan langkah demi langkah, dengan restu dari suami,anak-anak dan keluarga tercinta.

Bermulanya kisah Hidup Setelah Kehilangan Emak Yang Dikasihi

Tanggal 18/Januari/2017 dikejutkan dengan berita yang amat membuatkan sesiapa pun terduduk,apabila ibu tercinta dipanggil yang maha esa,Episod duka menyelubungi jiwa,Jika dulu emak tempat meluahkan segala kegembiraan dan kesedihan dengan rela hati mendengar luahan hati si anak,Tapi kini semuanya dah berubah,Jiwa terasa kosong,airmata jadi peneman sepanjang hari,Asatafirullahalazim,ampun kan ina mak,ina luahkan semuanya di Blog ni,ina tiada tempat meluahkan segalanya.Alfatihah buat mak Jamilah Binti Muhammed Unni.

3Bulan menyepikan diri,Jiwa kosong,akhirnya berkat sokongan dari suami dan anak-anak tercinta ina bangkit untuk memulakan langkah baru, Ina tau,ina kene kuat untuk buktikan kepada semua orang ina mampu berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik ina, Mak doakan ina berjaya tau dalam bidang yang ina pilih kali ni.

Ya,kalau dulu mak selalu nasihatkan ina untuk sambung belajar,mak rasa bersalah sebab tak izinkan ina sambung belajar di UITM dan di Maktab Perguruan lepas SPM, tapi ina tolak atas sebab faktor kewangan,Tapi hari ini ina nak mak tau,walaupun ina tak ada diploma dan ijazah tapi ina mampu berjaya seperti orang lain.

Mak nak tau tak ina buat apa sekarang ni,ina dah mulakan langkah dengan menceburi bidang kecantikan di MARY KAY tau  ina dah jadi BEAUTY CONSULTANT,kalau mak ada mesti mak suka,sebab bukan boleh cantik je,ina boleh tambah kewangan keluarga sekarang,alhamdulillah,

Mak.. ina mula sedar apa yang terjadi atas ketentuan Allah,Ina redha pemergian mak,ina taknak mak terseksa,maafkan segala kesilapan ina ye mak,ina sayang mak dunia akhirat,mak lah penguat semangat ina untuk terus bangkit,segala amanat mak,insyaallah ina masih ingat dan ina akan jalankan sehabis baik,Mak semoga mak tenang di alam sana ye mak,Alfatihah....

Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...