Selasa, 24 Oktober 2017

Keghairahan Nak Cepat Cantik Dan putih Gebu,Akibatnya Memakan Diri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.Jom hari ni ina nak cerita share apa akibatnya terlalu taksub nak cepat cantik,Pengunaan product pengelupasan dan menghakis silih berganti,tak pernah serik.

Akibat Terlalu Taksub Nak Cepat Cantik

Bila sebut je pasal cantik semua perempuan suka, betul tak termasuk la ina.Pantang nampak kawan2 yang kulit Glowing dan Flawwless mesti tanya pakai product apa.Dan..dan time tu juga melompat nak pergi beli,Tak pernah fikir ape akan jadi kemudian hari,Janji cantik๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž perempuankan,

Ehhh memang betul la, baru pakai seminggu cantik nye kulit iolsss,nak tau tak product apa,Ofcoz la peroduct pengelupasan hihihi,Tak mo la cerita lagi, nanti orang fikir bukan2 pulak.

Selama 11tahun menjadi pengguna tegar product pengelupasan,bertukar dari satu product ke satu product yang lain, x pernah serik, duit tak payah cakap la berapa banyak yang dah dilaburkan,(kalau en suami baca kisah ni, jangan marah ea,nak cantik untuk suamikan, sanggup tau sorok duit untuk beli product)๐Ÿ˜‰.

Nak tau tak apa yang terjadi pada ina yang membuatkan ina nekad Stop pakai product pengelupasan ni,huhuhu,nak dijadikan satu cerita,3 kali ina kene sesak nafas, ya allah masa tu allah je yang tau macam nyawa dihujung tanduk,susahnya nak bernafas,bila pergi cek,doctor bagi tau angin,tapi dah makan segala ubat tetap kene juga perkara yang sama, setelah mendapatkan nasihat dari 2 - 3 orang doktor. nak tau tak apa jawapannya, Ya Hidrokuinone yang terdapat dalam product pengelupasan tu.

Ya allah,kenapa la ina degilkan padahal dah tau ape effect penggunaan product pengelupasa/peeling product tapi tula,orng cakap sebab terlalu taksub dengan nak cepat cantik,sanggup menidakkan apa yang pakar-pakar kecantikkan pernah bincangkan.Diakbar pun dah banyak kali bagi tau,tapi tak pernah endahkan.

Buat kawan-kawan yang baca kisah ina ni,ambil la ikhtibar ye, Hidrokuinune dan merkuri sangat-sangat bahaya pada diri kita, 17Tahun bekerja didalam bidang makmal,tapi selalu ambil perkara macam ni sambiul lewa. Tolong..tolong,tolong la percaya merkuri yang ada pada product kecantikan amat la bahaya, ia sangat mudah meresap diliang-liang pori muka,dan akibatnya Kanser,

Masyaallah mintak dijauhkan,Dari penyakit-penyakit yang merbahaya ni,Kat bawah ni ina ada sertakan gambar ina semasa berhenti penggunaan Product pengelupasan dan menghakis,Kulit jadi terbakar segala mak nenek jerawat semua keluar tanpa segan silu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...