Rabu, 25 Oktober 2017

Tergoda Dengan Golden Rules Yang Diterapkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Jom kali ni nak cerita pulak macam mana ina boleh tergoda dan terus jatuh cinta dengan product Mary Kay.

Bermulanya Kisah Hidup Didalam Mary Kay

Setelah alami broken skin dan gangguan pernafasan yang maha dasyat,ina membuat keputusan nekad dengan mencari product yang berasaskan organic dan mineral base.

Yesss..yess akhirnya, suatu hari, ketika melayari laman sosial ternampak 1 iklan yang sangat menarik perhatian,Ya dah tentu la iklan product kecantikan (perempuankan pantang tau kalau melintas depan mata iklan product cantik-cantik ni).Mesti uollss dah dapat tangkapkan, product apa yang ina maksudkan hihihi,,Ha..dah tentulah product Mary Kay. Iklan dari sahabat alam maya, masa tu la hati ni terdetik untuk terus mengkaji dan mencari segala maklumat mengenai product tersebut.Alhamdulillah setelah mendapat consult dan penerangan terperinci, akhirnya ina bersetuju membeli cleanser Timewise Miracle (bajet ciput masa tu,hanya mampu beli cleanser je itu pun dah bersyukur sangat tau).

Dari asalnya membeli cleanser sahaja,ehhhhh tetiba lepas seminggu terus order Softener dan Mosturizer (jangan tanya ea,mane dapat duit,tadi kata tak da bajet).iollsss sanggup tau ikat perut semata-mata nak pulihkan kulit muka.Nampak tak kegairahan seorang perempuan yang nak cantik untuk suami tercinta(kalau en suami baca kisah ni, jangan marah tau,ibu beli sorok-sorok takut kene kecam) hihihi.

Berkat pengunaan secara konsisten dan istikomah,akhirnya membuahkan hasil,penggunaan product selama 2bulan,jerawat dah mula mengecut dan kulit jadi semakin bersih ,alhamdulillah,yang membuatkan ina macam tak percaya,rupanya ada mata-mata yang perhatikan perkembangn kulit ina la.(malu la pulak)

Bermula sebagai user,akhirnya ina mengambil keputusan menjadi Beauty Consultant di Mary Kay. Kawan-kawan kerja yang nampak perubahan kulit ina dah mula order product skincare,alhamdulillah diatas rezeki yang Allah kurniakan.Bersyukur kepada yang Esa kerana membuka hati ina untuk menjadikan Mary Kay sebagai partime career.

Nak tau tak apa faktor yang utama ina tergoda untuk jadi beauty consultant.Haaa tahu tak dalam Company Mk, kami menerapkan GOLDEN RULES.

1.Allah
2.Keluarga
3.Kerjaya

Yess,alhamdulillah dipertemukan dengan 1 perniagaan yang memperkayakan kaum wanita.Cantik dapat,Ilmu dapat,Income pun dapat.Kalau 17 tahun yang dulu impian untuk menyarung jubah Konvo terpaksa dilupakan,atas desakkan hidup.Tapi kali ni Mary Kay akan merialisasikan impian ina.

Mak,kalau mak masih ada sekarang mesti mak akan jadi tulang belakang ina untuk berjaya,Mak nak sangatkan tengok ina berjayakan.Ina akan buktikan.Ina tak nak lagi impian ina jadi mimpi.walaupun mak dah tak da,Tapi permintaan mak akan ina tunaikan dengan Mary kay ni.Ina sayang mak dunia akhirat.

Alfatihah Buat mak yang telah kembali kepada penciptanya 18 Jan 2017.Al Fatihah mak Jamilah Bt Mohammed Unni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...