Isnin, 23 Oktober 2017

Perginya Seorang Insan Yang Amat Dikasihi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat, 

Alhamdulillah diberi kekuatan  diri untuk memulakan langkah demi langkah, dengan restu dari suami,anak-anak dan keluarga tercinta.

Bermulanya kisah Hidup Setelah Kehilangan Emak Yang Dikasihi

Tanggal 18/Januari/2017 dikejutkan dengan berita yang amat membuatkan sesiapa pun terduduk,apabila ibu tercinta dipanggil yang maha esa,Episod duka menyelubungi jiwa,Jika dulu emak tempat meluahkan segala kegembiraan dan kesedihan dengan rela hati mendengar luahan hati si anak,Tapi kini semuanya dah berubah,Jiwa terasa kosong,airmata jadi peneman sepanjang hari,Asatafirullahalazim,ampun kan ina mak,ina luahkan semuanya di Blog ni,ina tiada tempat meluahkan segalanya.Alfatihah buat mak Jamilah Binti Muhammed Unni.

3Bulan menyepikan diri,Jiwa kosong,akhirnya berkat sokongan dari suami dan anak-anak tercinta ina bangkit untuk memulakan langkah baru, Ina tau,ina kene kuat untuk buktikan kepada semua orang ina mampu berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik ina, Mak doakan ina berjaya tau dalam bidang yang ina pilih kali ni.

Ya,kalau dulu mak selalu nasihatkan ina untuk sambung belajar,mak rasa bersalah sebab tak izinkan ina sambung belajar di UITM dan di Maktab Perguruan lepas SPM, tapi ina tolak atas sebab faktor kewangan,Tapi hari ini ina nak mak tau,walaupun ina tak ada diploma dan ijazah tapi ina mampu berjaya seperti orang lain.

Mak nak tau tak ina buat apa sekarang ni,ina dah mulakan langkah dengan menceburi bidang kecantikan di MARY KAY tau  ina dah jadi BEAUTY CONSULTANT,kalau mak ada mesti mak suka,sebab bukan boleh cantik je,ina boleh tambah kewangan keluarga sekarang,alhamdulillah,

Mak.. ina mula sedar apa yang terjadi atas ketentuan Allah,Ina redha pemergian mak,ina taknak mak terseksa,maafkan segala kesilapan ina ye mak,ina sayang mak dunia akhirat,mak lah penguat semangat ina untuk terus bangkit,segala amanat mak,insyaallah ina masih ingat dan ina akan jalankan sehabis baik,Mak semoga mak tenang di alam sana ye mak,Alfatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Ilmu Kecantikan

Ina Shalna Kini Kembali

  Bismillahhirohmannirohim .. Assalamualaikum, subhanallah ya allah, akhirnya.kekuatan kini kembali untuk meneruskankan kembali apa yang dah...